Tuesday, 30 August 2016

Hai semua.Hari ini saya akan kongsi tentang sejarah Pengakap,lagu Pengakap ,undang-undang Pengakap dan persetiaan Pengakap



SEJARAH PENGAKAP di MALAYSIA

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura.

Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.

Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.

Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.

Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931.

Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia.

Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap

1910 Singapura F.C. Sands

1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman

1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff

1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker

1926 Perak I.R. Wheeler

1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone

1926 Selangor Ameen Akbar

1928 Johor

1927 Terengganu A.J. Gracle

1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong

1931









LAGU PENGAKAP











UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-raja, pemimpin-pemimpin,ibu         bapanya.majikannya dan orang orang yang di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong pada setiap masa.

4.Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa negeri,      pangkat dan agamanya sekalipun.

5.Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6.Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala bintang.

7.Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya,Ketua patrolnya atau      Pemimpin -pempin Pengakapnya dengan tanpa apa apa soalan.

8.Pengakap adalah seorang yang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam kesusahan..

9.Pengakap adalah seorang yang jimat cermat.

10.Pengakap adalah  bersih dan suci fikirannya.perkataanya dan perbuatannya.






PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-Undang Pengakap










Monday, 29 August 2016

Pakaian lengkap Pengakap






Lambang Pengakap





PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA



Hai!!!Nama saya Zainab.Saya akan berkongsi sedikit tentang pengakap.




Visi dan Misi Pengakap